Wednesday, 31 May 2017

Ketetapan Kurikulum SMK Telok Panglima Garang 2017


Ketetapan Kurikulum SMK Telok Panglima Garang 2017

1.0 Latar Belakang
Kurikulum adalah 'core business' bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di sekolah ini. Ketetapan ini mengambil kira keperluan pendidikan dan status sekolah sebagai sekolah harian biasa. Ketetapan yang dibuat menjadi garis panduan kepada pentadbiran dan pengurusan akademik sekolah ini.

2.0 Objektif
Ketetapan ini disediakan bertujuan:

  • Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah
  • Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah
  • Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik jabatan Pendidikan Negeri
3.0 Ketetapan
  • Ketetapan Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan Dasar Pendidikan Kebangsaan
  • Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Daerah
  • Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan kurikulum semasa
  • Pada sebilangan masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna sekiranya program akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk program akademik diberikan keutamaan
4.0 Mesyuarat
  1. Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat 4 kali setahun mengikut Standard Piawaian Jabatan. Tindakan untuk melaksanakan mesyuarat hendaklah dibuat oleh Penolong Kanan/ Setiausaha Kurikulum (Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum) dan Ketua Panitia bagi peringkat panitia. Prosedur mesyuarat yang mesti dipatuhi:
  • Isi kandungan mesyuarat mengikut garis panduan yang diberikan notis panggilan mesyuarat hendak dibuat secara rasmi kepada AJK seminggu sebelum tarikh mesyuarat
  • Minit mesyuarat hendaklah disiapkan dan diedarkan kepada semua AJK seminggu selepas tarikh mesyuarat
  • Setiap AJK Perlu mengambil tindakan terhadap setiap perkara berbangkit atau minit mesyuarat sebaik sahaja selesai mesyuarat atau menerima minit. Satu maklumbalas awal berhubung tindakan terhadap perkara berbangkit atau minit mesyuarat mesti dihantar kepada Setiausaha 2 minggu selepas menerima minit dan maklumbalas lengkap dikemukakan semula 3 hari selepas menerima notis panggilan mesyuarat berikutnya. Setiausaha perlu menyediakan laporan maklumbalas setiap ahli/ AJK untuk dibentangkan dalam mesyuarat seterusnya.
  • Satu salinan minit mesyuarat dan laporan maklumbalas hendaklah disimpan untuk fail induk JK masing-masing
  • Masa mesyuarat hendaklah pada waktu perantaraan 2 sesi iaitu bermula 12.30 tengah hari hingga 2.00 petang atau dengan mengambil kira afar PdPc murid tidak terganggu kerana ketiadaan guru
  1. Ketua Panitia dilanti mengikut kriteria: senioriti, DG dan opsyen
  2. Analisis ujian dan peperiksaan dalaman serta program penambahbaikan dibincangkan
  3. Post Mortem dibuat untuk peperiksaan SPM, PT3, UB, PPT, Percubaan dan PAT

Carta Organisasi Pengurusan Akademik Arus Perdana SMK Telok Panglima Garang

Carta Organisasi Pengurusan Akademik Arus Perdana SMK Telok Panglima Garang


Juara Kejohanan Bola Baling MSSD Kuala Langat 2017

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH !!
Tahniah kepada pasukan bola baling SMK Telok Panglima Garang kerana telah menjuarai kejohanan bola baling MSSD Kuala Langat 2017






Lawatan Sambil Belajar Ke Tiqa Beauty Spa 2017

Program: Lawatan Sambil Belajar Ke Tiqa Beauty Spa 2017
Anjuran: Persatuan KHB SMK Telok Panglima Garang
Tarikh: 6 Mei 2017
Tempat: Tiqa Beauty Spa Sijangkang





Bengkel ICT Bersama Internet 1 Malaysia 2017

Program: Bengkel ICT Bersama Internet 1 Malaysia 2017
Tempat: Pusat Internet 1 Malaysia Telok Panglima Garang
Masa: 5 dan 12 Mei 2017
Peserta: 20 orang ahli Kelab Pustakawan dan Kelab Rekacipta & Inovasi








Bengkel eBLAK (Buku Laporan Aktiviti Kokurikulum) SMKTPG 2017

Program: Bengkel eBLAK (Buku Laporan Aktiviti Kokurikulum) SMKTPG 2017
Tarikh: 11 Mei 2017 (Khamis)
Tempat: Makmal Komputer SMK Telok Panglima Garang
Anjuran: Unit Kokurikulum SMKTPG











Bengkel Pembugaran RBT Tingkatan 1 SMK Telok Panglima Garang (Sesi 3) 2017

Progam: Bengkel Pembugaran RBT Tingkatan 1 SMK Telok Panglima Garang (Sesi 3) 2017
Tarikh: 6 Mei 2017 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat: Bilik Gerakan SMK Telok Panglima Garang
Anjuran: Panitia Reka Bentuk dan Teknologi SMKTPG






Kursus Kepimpinan SMK Telok Panglima Garang 2017

Program: Kursus Kepimpinan SMK Telok Panglima Garang 2017
Tarikh: 6 Mei 2017 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat: Dewan Seri Panglima SMK Telok Panglima Garang
Anjuran: Unit Asrama SMKTPG dengan kerjasama Unit Kaunseling, PROZAS dan Yayasan Selangor







Taklimat Penyelarasan Skor Bahasa Melayu Kertas 1 & 2 Tingkatan 5 2017

Program: Taklimat Penyelarasan Skor Bahasa Melayu Kertas 1 & 2 Tingkatan 5 2017
Tarikh: 3 Mei 2017 (Rabu)
Masa: 1.00 petang
Tempat: Bilik Tayang SMK Telok Panglima Garang
Penglibatan: Semua guru BM Tingkatan 5 SMKTPG




Friday, 26 May 2017

Program Perasmian IHYA RAMADHAN


Program semarak Ramadan
26 Mei 2017
7.30 -9.00 Pg
Anjuran Panitia Pend. Islam
Penglibatan : semua guru & pelajar islam

Aktiviti Ahlan Ramadhan bagi murid bukan Islam


Pŗogram Sahsiah Pelajar Cina dan India
Jam 8pg hingga 9.15pg
Tmpt DSP
Penceramah.  Tn Pengetua..(Negara Sejahtera)

Thursday, 25 May 2017

Kelab Memanah


Alhamdulillah seorang pemanah SMKTPG berjaya terpilih mewakili Kuala Langat ke peringkat negeri
Tahniah diucapkan kepada saudari Nur Nadiah Binti Mohtar